Sabtu, 21 Julai 2012

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ( Tahun 1)

Cara-cara melintas jalan raya dengan betul.


Terdapat lima langkah melintas jalan dengan selamat .

1.Berhenti di bebendul jalan sebelum melintas jalan.
2.Lihat ke kanan dan ke kiri .Kemudian lihat ke kanan semula.
3.Dengar bunyi kenderaan.
4.Fikir sama ada selamat untuk melintas jalan.
5.Berwaspada semasa melintas jalan.
Syair

Ciri-ciri syair :
  1. Setiap baris mengandungi 8 - 12 suku kata.
  2. Ada empat baris dalam setiap rangkap.
  3. Setip baris mempunyai perkaitan dengan baris berikutnya.
  4. Setiap rangkap berkait rapat dengan rangkap berikutnya.
  5. Tiada pembayang maksud seperti pantun.
  6. Syair ialah cerita atau keperihalan tentang sesuatu.

Contoh video dari filem Dandan Setia cara melagukan syair.

Jumaat, 20 Julai 2012

Marhaban Ya Ramadhan.



YA RAHMAN.. Rahmatilah aku , keluarga, insan yang kusayangi dan sahabat handaiku.. Semoga ALLAH merahmati...

Kutiplah peluang di bulan Ramadhan bulan MULIA... Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Sajak

Menongkah Arus.

Biar ombak menghempas,
biar onar mengganas,
tak akan terhapus,
tak akan tercalar,
dia yang yakin,
dia yang berani.

Biar persekitaran jadi jemu,
biar harta jadi abu,
tak akan cair,
tak akan lumpuh,
dia yang sarat,
dengan impian,
dia yang sarat,
dengan pedoman.

Biar berat kewajipan,
biar pahit pengalaman,
tak akan pendam jiwa,
dia yang sarat,
dengan keikhlasan,
dia yang sarat,
dengan iltizam.
Pantun Budi

Rendang sungguh pohon kelapa,
Hidup subur di tengah laman,
Sopan kata jangan dilupa,
Budi yang elok kita amalkan.

Indah buatannya cincin suasa,
Disimpan pula di dalam peti,
Kalau kita berbudi bahasa,
Mulia di mata indah di hati.

Dayung sampan membawa padi,
Guni dipikul pemuda sasa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Gembira terasa pabila berjalan,
Singgah di kota membeli barang,
Budi bahasa jadikan amalan,
Barulah kita dihormati orang.

Anak Cik Siti menjual pantun,
Pantun dibeli si anak nyonya,
Baik hati bersopan santun,
Itulah insan mulia hatinya.