Jumaat, 20 Julai 2012

Pantun Budi

Rendang sungguh pohon kelapa,
Hidup subur di tengah laman,
Sopan kata jangan dilupa,
Budi yang elok kita amalkan.

Indah buatannya cincin suasa,
Disimpan pula di dalam peti,
Kalau kita berbudi bahasa,
Mulia di mata indah di hati.

Dayung sampan membawa padi,
Guni dipikul pemuda sasa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Gembira terasa pabila berjalan,
Singgah di kota membeli barang,
Budi bahasa jadikan amalan,
Barulah kita dihormati orang.

Anak Cik Siti menjual pantun,
Pantun dibeli si anak nyonya,
Baik hati bersopan santun,
Itulah insan mulia hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan